Saya mengalu-alukan anda melayari Karyawan Pk di alam maya. Semoga anda memperoleh maklumat untuk keperluan bersama. Setakat ini, Karyawan Pk sedang menggerakkan projek mengantologikan pandangan, reaksi, kritikan, pujian dan nasihat yang terakam dalam genre puisi moden (sajak) karya pelbagai golongan masyarakat majmuk negara ini mencakupi Perdana Menteri hinggalah petani yang membicarakan hal ehwal negara ( e.g. politik, sosial, ekonomi, pendidikan, sejarah, pencapaian dan sebagainya) dalam sebuah buku tebal kira-kira 1000 kuntum sajak sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun kemerdekaan Negara. Lagi

KAMPONG BATU MASJID, Temoh, Perak dibuka pada 1895 oleh Lebai Tenggam serta beberapa orang pengikutnya. Hutan belantara yang diteroka kira-kira 112 tahun yang silam itu, lama kelamaan telah melebar dan membentuk beberapa penempatan kecil orang-orang Melayu seperti Kg. Tanah Seribu, Kg. Terendam, Kg. Padang, Kg. Jawa, Kg. Baru, Kg. Pasir dan Kg. Hj. Tahir tetapi istimewanya, masih terus ditadbirkan oleh seorang ketua kampung. Batu Masjid mendapat nama daripada sebuah bukit batu yang terletak di hujung Kg tanah Seribu yang bersempadan dengan Keramat tin. Bukit batu itu mempunyai sebuah gua gelap yang menyeramkan. Namun demikian sewaktu dijumpai oleh Lebai Tenggam dan pengikutnya, gua itu mempamerkan keanehannya yang tersendiri kerana acapkali mengeluarkan suara muazin mengalunkan azan setiap kali masuk solat fardu. Menurut cerita lisan, gua itu merupakan tempat tinggal orang bunian. Sebab itulah Pawang Ana; salah seorang pengikut Lebai Tenggam menamakan kawasan tersebut sebagai Kampong Batu Masjid, kekal sehingga sekarang walaupun beberapa penempatan baru muncul tetapi namanya masih berkekalan meskipun kawasan asalnya sudah lama tidak digunakan sebagai perkampungan sebaliknya bertuka menjadi belantara semula. Setelah seratus tahun berlalu, buku ini cuba membongkar sejarah silamnya yang terpendam sekian lama untuk tatapan generasi Lebai Tenggam yang kian "hilang" susur-galur keturunan mereka. Buku yang baru diterbitkan ini dijual pada harga RM 12.00 termasuk wang pos. Jika anda ingin memesan buku ini, sila e-melkan kepada karyawanpk@yahoo.com
 
MENU Laman Utama
SELAMAT DATANG KE PORTAL Karyawan Pk
Pengenalan
Ahli Jawatankuasa
Ketua Sudut
Lensa
Arkib
Penerbitan
 
 
 
 
 
PAUTAN
Dewan Bahasa & Pustaka
Ujana Ilmu
Portal Negeri Perak
 
INFO TERKINI

 

 

 

 

 

PERUTUSAN KETUA SATU

 

 

 

 

Hj. Zabidin Hj. Ismail, PJK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

web counter

Alamat pejabat : No. 51, Wisma Jauhari, Lengkok Kledang Raya, Taman Kledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

(Talian Umum)-- Telefon : 05-5262117 / 05-2499434 / 05-3132351 / 012-5070513 Fax : 05-2434125
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel
Hak Cipta Terpelihara @ 2008